awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bertemu Corbyn, kongsi pendapat hubungan Malaysia-UK, gencatan senjata di Gaza

Bernama
Bernama
18/01/2025
15:42 MYT
PM Anwar bertemu Corbyn, kongsi pendapat hubungan Malaysia-UK, gencatan senjata di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar yang menyifatkan Corbyn sebagai sahabat lamanya berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Selain itu, kata beliau mereka juga berbincang mengenai isu semasa dunia termasuk gencatan senjata di Gaza yang dijadualkan berlaku pada Ahad.
"Moga hubungan persahabatan ini terus murni dan kekal berpanjangan. Insya-Allah," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Corbyn merupakan Ahli Parlimen serta bekas pemimpin Parti Buruh.
Anwar dalam rangka kerja lawatan ke United Kingdom dari 15 hingga 19 Jan dan selepas itu beliau akan meneruskan lawatan kerja dua hari ke Belgium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Jeremy Corbyn
#hubungan Malaysia-UK
#gencatan senjata di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan