awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
18/11/2024
23:00 MYT
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Perdana Menteri Anwar (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Macron pada sesi pertemuan kedua-dua pemimpin di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil, pada Isnin. - Gambar Bernama
RIO DE JANEIRO: Krisis di Palestin menjadi antara topik yang dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Mesyuarat dua hala yang berlangsung di sela-sela Sidang Kemuncak G20 di Museum of Modern Art Rio di sini turut membincangkan berkenaan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
“Ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pertahanan selain kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI),
“Selain itu, kami berdua juga sempat membincangkan perihal genosid yang berlaku di Palestin yang mana ia memerlukan gencatan senjata sesegera mungkin dan kerjasama semua pihak untuk menamatkan penderitaan rakyat di sana,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. “Saya nyatakan penghargaan kepada Presiden Macron atas dukungan menerusi Kerjasama Pembangunan ASEAN-Perancis,” ujarnya.
Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam merupakan negara tetamu untuk G20.
Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak G20 ialah pada 2015 di Turkiye, sebagai pengerusi ASEAN pada masa itu.


G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan yang terdiri daripada Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Afrika (AU).
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Emmanuel Macron
#isu Palestin
#kerjasama AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan