PM Anwar dijangka umum perkara penting esok - Anthony Loke

Anwar dijangka membuat pengumuman penting melibatkan isu-isu kritikal esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 selepas mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya pada jam 11.30 pagi esok.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat tahun baharu 2026 selepas mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya esok.
- Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjangkakan Anwar akan membuat pengumuman penting berkaitan isu-isu kritikal seperti ekonomi, pendidikan, dan reformasi institusi.
- Anthony turut menyentuh mengenai keluhan dalam komuniti perniagaan yang perlu ditangani oleh kerajaan bagi memperbaiki iklim perniagaan yang tidak memberangsangkan.
“Saya yakin pengumuman positif akan dibuat pada hari esok untuk menangani beberapa isu yang kritikal seperti ini,” katanya semasa menyampaikan ucap tama di Konvensyen Tahunan DAP Melaka ke-25 di Melaka hari ini.
Anthony turut menyentuh mengenai keluhan dalam komuniti perniagaan yang menujukkan iklim tidak memberangsangkan dan akan cuba ditangani oleh pihak kerajaan.
Pada masa sama, Anthony turut mengesahkan Anwar telah mempengerusikan beberapa siri mesyuarat mengenai implikasi dan langkah perlu diambil oleh Pakatan Harapan pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu.
Pada PRN Sabah, PH hanya memenangi satu daripada 23 kerusi yang dipertandingkan.
Tambahnya Anwar turut bersetuju untuk membuat keputusan dan bertindak berdasarkan pandangan daripadan rakan-rakan parti komponen iaitu DAP dan Amanah.
“PRN Sabah telah pun berlalu biar detik hitam PH di Sabah menjadi satu pedoman kepada kita,” katanya lagi.
Anthony turut menyatakan tahun 2026 turut bakal berlalu dengan cepat dan kerajaan harus mempunyai tekad dan azam untuk melaksanakan agenda reformasi dengan kadar segera.
Menurutnya tahun ini juga bakal menyaksikan PRN Melaka yang dijangka akan berlangsung pada hujung tahun.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang dijangka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sampaikan dalam amanat tahun baharu 2026? A: Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat tahun baharu 2026 selepas mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya dengan pengumuman penting berkaitan isu-isu kritikal.
- Q: Siapakah yang mengumumkan mengenai amanat tahun baharu Perdana Menteri? A: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang menjangkakan Anwar turut akan membuat pengumuman penting, termasuk isu-isu ekonomi, pendidikan, dan reformasi institusi.
- Q: Apa yang diharapkan dapat ditangani oleh pihak kerajaan berdasarkan kenyataan Anthony Loke Siew Fook? A: Pihak kerajaan diharapkan dapat menangani isu kritikal seperti ekonomi, pendidikan, dan reformasi institusi, serta keluhan dalam komuniti perniagaan untuk mencipta iklim yang lebih memberangsangkan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

