awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hargai gesaan MCA desak ganti Fadhlina

Pia Ernadya
Pia Ernadya
07/12/2025
07:41 MYT
PM Anwar hargai gesaan MCA desak ganti Fadhlina
Anwar berkata, beliau menghargai pandangan Ka Siong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau menghargai pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang mendesak agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, digugurkan dalam rombakan Kabinet yang dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pandangan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang menyeru agar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, digugurkan dalam rombakan Kabinet yang akan datang.
  • Wee Ka Siong menekankan keperluan untuk memiliki pemimpin yang visioner dan berani melakukan pembaharuan di Kementerian Pendidikan, kerana portfolio tersebut mempunyai impak besar terhadap masa depan negara.
  • Beliau juga menyatakan kekecewaannya terhadap kegagalan Fadhlina dalam menangani isu-isu penting seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuek Ho Yao yang masih belum mendapat penyelesaian walaupun telah dibangkitkan berulang kali di Parlimen.

“Saya ucap terima kasih atas pandangan itu. Walaupun pandangan itu baharu, tidak mengapa, itu sekadar pandangan beliau,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan buku terbaharunya, Rethinking Ourselves, di Pavilion Bukit Jalil pada Ahad.
Terdahulu, ketika berucap pada Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-30, Ka Siong menggesa Fadhlina digantikan dalam rombakan Kabinet.
Ujar Ka Siong, Malaysia memerlukan pemimpin yang berwawasan, berpandangan jauh dan berani melaksanakan pembaharuan bagi menerajui Kementerian Pendidikan (KPM), memandangkan portfolio itu berkait rapat dengan masa depan negara.
Beliau juga mendakwa Fadhlina gagal menangani beberapa isu, termasuk berkaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuek Ho Yao, yang telah dibangkitkan sebanyak lapan kali di Parlimen tetapi masih belum mendapat jawapan.
Ka Siong antara lain menegaskan projek sekolah tersebut, yang diluluskan sejak 2017 dan telah mengadakan majlis pecah tanah pada 2018, masih tertangguh akibat masalah teknikal dan kelulusan pelan bangunan.
Beliau mempersoalkan kelewatan Kementerian Pendidikan dalam memberi kelulusan walaupun dana sumbangan masyarakat berjumlah RM12 juta telah dikumpul untuk pembangunan sekolah berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fadhlina Sidek
#rombakan kabinet
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan