KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi logo Malaysia Madani, konsep diperkenalkannya sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Berdasarkan infografik dimuat naik di laman Facebook dan Twitternya, logo itu mempunyai reka bentuk seakan tapak tangan dan diasaskan dengan empat warna Jalur Gemilang.
Lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo itu merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia manakala bulatan "tapak tangan" berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, bulan sabit adalah simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan turut dijadikan salah satu elemen logo itu, selain bintang berbucu 14 yang melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
Empat warna yang digunakan untuk logo berkenaan iaitu biru, melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, jati diri dan keazaman); kuning (nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan; manakala putih (keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni).
Anwar dalam hantaran sama di Facebook berkata Malaysia Madani diusulkannya sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.
"Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya," katanya.
Konsep berkenaan yang diperkenalkannya secara rasmi pada 19 Jan lepas , diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Berdasarkan infografik dimuat naik di laman Facebook dan Twitternya, logo itu mempunyai reka bentuk seakan tapak tangan dan diasaskan dengan empat warna Jalur Gemilang. - Facebook Anwar Ibrahim

Agenda AWANI: Mencari Hilal Ramadan
Temu bual bersama Mufti dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H. #AWANInews #AgendaAWANI #InspirasiRamadan #BukalahHati

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Thai Hot Guy: Kerajaan tidak anjur program tidak bermoral - Wilson Ugak
Kerajaan Perpaduan yang berteraskan Malaysia Madani tidak membenarkan sebarang program yang tidak bermoral diadakan.

Lagu Malaysia Madani dinyanyikan Bunkface untuk kali pertama
Lagu berdurasi sekitar 2 minit itu dinyanyikan di hadapan ribuan peserta dalam kalangan belia yang menyertai dialog tersebut.

PRN: PH tumpu rampas Kedah, yakin kekalkan tiga negeri
Pakatan Harapan (PH) akan memberi tumpuan kepada Kedah dalam usaha merampas negeri itu yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Selepas empat bulan di kementerian, Fadhlina minta untuk 'merengek'
Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini giliran Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek pula menggunakan pentas parti bagi meluahkan 'perasaannya'.

Anggota PKR perlu perkukuh parti bagi hadapi cabaran besar - Saifuddin
PKR sebagai parti yang memimpin Kerajaan Perpaduan, juga perlu insaf dengan amanah besar yang diberikan Allah SWT dalam menerajui negara.

Islamofobia dan keganasan mesti ditolak - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan mesti ditolak.

UMNO tidak pernah kompromi soal agama, bangsa - Ahmad Zahid
Tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu berkaitan sentimen agama dan bangsa disifatkan helah bagi mengalihkan perhatian rakyat kepada perkara lain yang lebih penting.

Pemilihan UMNO: "Kalau saya memihak, baik saya menangkan anak saya" - Ahmad Zahid
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri itu menambah, beliau tidak mahu wujud kabilah-kabilah di dalam UMNO.

Hujan lebat tidak halang 15,000 umat Islam munajat bersama PM Anwar
Hujan lebat tidak melunturkan semangat lebih 15,000 umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Malaysia Madani: Pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan - PM Anwar
Mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.