awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar kongsi video lawatan Presiden Kosovo di Malaysia

Bernama
Bernama
03/05/2025
15:25 MYT
PM Anwar kongsi video lawatan Presiden Kosovo di Malaysia
Anwar berkata kunjungan tamu kenegaraan Presiden Republik Kosovo dan delegasi ke Malaysia itu mencerminkan semangat persahabatan dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi klip video memaparkan lawatan rasmi empat hari Presiden Kosovo Dr Vjosa Osmani Sadriu ke Malaysia bermula Khamis lepas.
Menerusi hantaran di Facebook, video berdurasi tiga minit 10 saat itu antara lain memaparkan Osmani memeriksa kawalan kehormatan oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) ketika diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra diikuti pertemuan dua hala dengan Anwar.
Turut dipaparkan penganugerahan Order of Independence, anugerah awam tertinggi Kosovo, kepada Anwar oleh presiden Osmani.
Menerusi catatan pada hantaran video itu, Anwar berkata kunjungan tamu kenegaraan Presiden Republik Kosovo dan delegasi ke Malaysia itu mencerminkan semangat persahabatan dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara.
"Moga lawatan ini membuka lebih banyak peluang strategik antara kedua-dua negara lantas memperkukuh ikatan persahabatan dan membuka lembaran baharu dalam kerjasama Malaysia-Kosovo," katanya.
Osmani dan delegasinya tiba di Malaysia pada 1 Mei lepas untuk lawatan rasmi empat hari.
Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Okt 2008, menjadikannya antara negara Asia terawal berbuat demikian. Hubungan diplomatik kedua-dua negara dimeterai pada 18 Mac 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Hari Malaysia
#Hubungan dua hala
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan