awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
06/01/2025
05:11 MYT
PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026
Anwar hadir pada majlis peluncuran Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di Kompleks Kejuruteraan MAB, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Kempen Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 atau VM2026) dengan pengenalan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas.
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi dan daya tarikan global, menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
Lagu tema bertajuk 'Surreal Experiences' turut dilancarkan untuk mempromosikan daya tarikan unik Malaysia kepada pelancong antarabangsa.
Berucap merasmikan VM2026, Anwar berkata, lagu tema ini cukup inklusif, merangkumi semua daerah dan negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, yang mempunyai kuasa autonomi masing-masing.
“Dengan adanya program ini, kita berusaha memastikan setiap negeri tanpa pengecualian bersedia menjadi destinasi pelancongan utama tahun ini dan pada masa hadapan.
“Saya juga meminta semua kementerian memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pelaburan ekonomi supaya tiada negeri yang tersisih atau tertinggal,” katanya.
VM2026 menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelawat antarabangsa dan menjana pendapatan sebanyak RM147.1 bilion.
Ia juga dijangka merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.
“Jadi, untuk (kerajaan) mempromosikan Malaysia sebagai negara yang lestari dan harmoni dari segi budaya, pendekatan dengan asas kebudayaan yang kukuh, sangat pelbagai, kita telah bersifat sangat inklusif.
"Sebab itu apabila saya dengar tema 'Malaysia yang unik, kenek-kenek udang' ini, saya rasa ia sangat unik.
“Tentunya ia akan dihargai dan diingati oleh rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda,” ujarnya lagi.
Sebagai tambahan, Beruang Matahari Malaya, spesies terancam yang menjadi kebanggaan negara, dipilih sebagai ikon rasmi kempen ini.
Diperkenalkan dalam bentuk animasi yang comel, maskot ini direka untuk menarik perhatian semua peringkat umur, melambangkan kehangatan dan keceriaan, serta menonjolkan komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan hidupan liar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#VM2026
#tahun melawat malaysia
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan