awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara

Bernama
Bernama
06/06/2023
13:45 MYT
PM Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh syarikat petroleum nasional itu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas dan diberi taklimat berhubung industri minyak dan gas oleh syarikat petroleum nasional itu.
Anwar berkata taklimat turut menyentuh berhubung perencanaan dan strategi masa hadapan Petronas dalam usaha untuk menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.
"Saya juga telah mengadakan pertemuan serta perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan yang dilaksanakan.
"Didoakan Petronas terus berkembang pesat dengan jayanya!" katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Menara Berkembar Petronas itu disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
Turut hadir Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas Liza Mustapha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#Petronas
#industri minyak dan gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan