awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar lawat Pulau Mutiara, rasmi Projek PTJSD, UTC Seberang Perai

Bernama
Bernama
08/11/2025
02:30 MYT
PM Anwar lawat Pulau Mutiara, rasmi Projek PTJSD, UTC Seberang Perai
Perdana Menteri Anwar hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dengan acara utama merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dengan acara utama merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD).
Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri majlis berkenaan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Bukit Mertajam pada 9 pagi menyempurnakan majlis pecah tanah yang dijangka memberi manfaat kepada 200,000 pengguna harian melalui pengurangan kesesakan di laluan terbabit.
Projek PTJSD merupakan antara inisiatif utama bagi Pulau Pinang dan utara Semenanjung yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt tahun lepas, selain projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) serta pembangunan Taman Perindustrian Batu Kawan 3.
Perdana Menteri kemudiannya akan melawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dan merasmikan Masjid MADANI Arowana Permatang Pauh dekat sini, sebelum menghadiri Program Komunivesiti Kolaboratif di kampung beliau, Kampung Cherok Tok Kun.
Anwar dijangka mengakhiri lawatan kerja ke Pulau Mutiara dengan majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai di Bangunan Penang Sentral, Butterworth yang juga UTC ke-24 di Malaysia dan kedua di Pulau Pinang selepas UTC Komtar.
UTC Seberang Perai turut tersenarai sebagai satu daripada inisiatif diumumkan Anwar untuk Pulau Pinang dalam belanjawan tahun ini, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh perkhidmatan awam di peringkat komuniti bandar.
Anwar tiba di LTAPP di Bayan Lepas malam tadi, disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail serta pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#PM lawat Pulau Mutiara
#Projek Penyuraian Trafik
#UTC Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan