awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC

Bernama
Bernama
31/01/2025
06:45 MYT
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Anwar meluahkan rasa sedih atas tragedi nahas udara di Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington, D.C., yang berlaku pada malam Rabu. -Gambar fail/Facebook/Getty Images
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini meluahkan rasa sedih atas tragedi nahas udara yang berlaku di Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington, D.C., pada malam Rabu (waktu tempatan).

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa sedih atas tragedi nahas udara di Lapangan Terbang Nasional Reagan, Washington, D.C., yang berlaku pada malam Rabu.
  • Beliau menyatakan kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat amat memilukan, dan berharap agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan.
  • Pihak berkuasa AS percaya tiada mangsa yang terselamat dalam perlanggaran tersebut, yang melibatkan sebuah pesawat komersial dengan 64 penumpang dan sebuah helikopter tentera.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
"Keluarga dan sahabat handai di Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Filipina, dan Jerman kini meratapi pemergian insan tersayang, sementara pasukan penyelamat terus berusaha gigih dalam operasi mencari dan menyelamat," kata beliau.
Dalam saat kedukaan ini, Anwar berharap agar keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehilangan yang amat besar ini.
"Rakyat Malaysia turut bersimpati dan mendoakan mereka," tambahnya.
Menurut laporan media, pihak berkuasa AS percaya tiada mangsa yang terselamat dalam perlanggaran di udara berhampiran Washington yang melibatkan sebuah pesawat komersial dengan 64 penumpang serta sebuah helikopter tentera.
Nahas tersebut, yang meragut nyawa 14 atlet luncur ais muda dari AS, ahli keluarga mereka, serta jurulatih dari Rusia, membabitkan sebuah pesawat American Airlines dan sebuah helikopter Black Hawk yang membawa tiga anak kapal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#tragedi nahas udara
#Black hawk
#American Airlines
#Lapangan Terbang Nasional Reagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan