awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MoF

Bernama
Bernama
15/05/2023
08:00 MYT
PM Anwar meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MoF
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kewangan hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pada 1 tengah hari di perkarangan Kementerian Kewangan dan meluangkan masa kira-kira sejam di majlis tersebut.
Turut hadir kedua-dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Pada majlis itu, Anwar turut mendendangkan lagu 'Azizah' ciptaan Seniman Agung P. Ramlee buat isterinya dihadapan hadirin dan menerima tepukan gemuruh.
Beliau turut menyantuni warga kerja Kementerian Kewangan serta agensi dibawahnya yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu sebelum meninggalkan majlis.
Jabatan dan agensi dibawah Kementerian Kewangan menyediakan kira-kira 20 gerai yang menyediakan juadah hari raya untuk hadirin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sambutan Hari Raya Aidilfitri MoF
#Kementerian Kewangan
#Anwar Ibrahim
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan