BERLIN: Malaysia mempelawa kalangan firma Jerman serta perniagaan di serata Eropah untuk turut mengambil bahagian, melabur dan menjalin kerjasama dengan Malaysia yang juga sebuah negara dinamik, strategik dan pesat berkembang.
Ketika membuat pelawaan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga menawarkan barisan tenaga kerja mahir, infrastruktur moden, persekitaran kawal selia yang jelas selain potensi pertumbuhan yang besar.
"Kami adalah sebuah ekonomi dinamik yang sesuai dan menepati abad ke-21, malah rakan kongsi yang sempurna untuk kalangan perniagaan Jerman," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada acara SME Future Day 2024 (Mittelstand) khusus untuk kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sini, hari ini.
Acara yang diadakan di Berlin Station dan dianjurkan oleh Persatuan PKS Jerman (BVMW), menghimpunkan kira-kira 5,000 usahawan PKS selain turut disertai oleh wakil kerajaan dan tokoh korporat terkemuka negara itu.
Anwar yang kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu, turut mengetengahkan kelebihan Malaysia sebagai pintu masuk strategik untuk Jerman ke pasaran Asean yang lebih besar.
"Asean dijangka muncul sebagai ekonomi kelima terbesar dunia menjelang 2030. Rantau ini turut menyediakan peluang bagi pertumbuhan yang eksponen," kata beliau.
Sejak sedekad lepas, Jerman kekal sebagai rakan dagang utama Malaysia di Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia merupakan rakan dagang terbesar negara itu di Asia Tenggara.
Perdagangan dua hala telah melonjak sebegitu ketara pada purata tahunan sebanyak 5.2 peratus manakala Malaysia terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI) dengan syarikat Jerman melabur sebanyak 8.5 bilion euro pada 2023.
Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mengetengahkan manfaat yang boleh diraih pelabur asing daripada pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan bagi memudah cara menjalankan perniagaan, membina keyakinan terhadap sistem Malaysia yang pada akhirnya dapat memastikan kestabilan jangka panjang di negara ini.
PKS dan ekonomi digital
Pada sesi pertemuan dengan perniagaan dan pelabur Jerman, Anwar memaklumkan mereka mengenai kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk kepada ekosistem halal dan ekonomi digital.
Malah, sejajar usaha Jerman yang berhasrat untuk menembusi pasaran halal, beliau berkata, Malaysia selaku peneraju dalam industri bernilai berbilion dolar, adalah rakan kongsi yang ideal dengan menawarkan kepakaran, infrastruktur dan rangka kerja kawal selia halal yang mantap.
Sewaktu berucap, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Jerman serta ekonomi masing-masing dibangunkan pada asas yang sama iaitu bersandarkan PKS walaupun saiz sektor PKS Jerman jauh lebih besar.
Beliau juga menyifatkan Jerman sebagai sumber inspirasi kerana kejayaan negara itu untuk bangkit dengan lebih kukuh selepas mengalami kemusnahan dalam Perang Dunia Kedua.
Pada masa ini, kata Perdana Menteri, terdapat lebih daripada 700 syarikat-syarikat Jerman beroperasi di Malaysia, termasuk firma terkemuka seperti Siemens, Infineon serta Volkswagen.
Selain itu, Anwar berkata, firma Jerman boleh bekerjasama dengan Malaysia dalam usaha yang berkaitan dengan membangunkan tenaga boleh baharu.
Beliau turut mengambil peluang dengan mempromosikan Malaysia sebagai hab pelancongan dan mengetengahkan keunikan negara ini yang kaya dengan hutan serta pantai yang boleh dikunjungi sepanjang tahun.
Selain menggalakkan PKS untuk menerima inisiatif hijau, termasuk amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Anwar berkata kerajaan turut melonjakkan ekonomi digital dengan tumpuan khusus bagi menggalakkan teknologi digital kepada kalangan PKS bagi meningkatkan pertumbuhan eksport.
Sebanyak enam syarikat Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, menyertai pameran dalam acara itu di sini. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Malaysia adalah sebuah ekonomi dinamik yang sesuai dan menepati abad ke-21, rakan kongsi yang sempurna untuk kalangan perniagaan Jerman, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Bernama
Dua pegawai penjara terbunuh, banduan terlepas dalam serangan hendap
Beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawai penjara menyebabkan dua terbunuh manakala dua lagi cedera parah.
76 tahun Nakba: Protes di Israel memuncak
Tahun ini, ia merupakan demonstrasi pro-Palestin yang jarang berlaku di Israel di tengah-tengah perang Gaza, selepas polis menghalang beberapa cubaan bantahan sebelum ini.
Aktivis politik Thailand meninggal dunia dalam tahanan
Netiporn 'Bung' Sanesangkhorn meninggal dunia selepas jantungnya "berhenti berfungsi secara tiba-tiba" pada Selasa pagi.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
Taklimat pembangunan Kelantan dapat maklum balas positif kerajaan Persekutuan - MB
Kata Menteri Besar Kelantan, hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat amat baik ibarat "ayah" dan "anak."
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan
PM beri tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Malaysia berdepan 30,000 kekurangan jurutera, perlu tampung dengan TVET - PM
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan dipertingkat bagi menampung kekurangan 30,000 jurutera di negara ini.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Jumlah tersebut merupakan pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.