awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat pertama MTMM 2025

Bernama
Bernama
05/03/2025
07:37 MYT
PM Anwar pengerusikan mesyuarat pertama MTMM 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) pertama tahun 2025 untuk menetapkan dasar dan hala tuju agenda Malaysia MADANI. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) yang pertama bagi tahun 2025, yang berperanan menetapkan dasar serta hala tuju pelaksanaan agenda Malaysia MADANI.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI (MTMM) pertama tahun 2025 untuk menetapkan dasar dan hala tuju agenda Malaysia MADANI.
  • MTMM membincangkan isu pelaksanaan dasar kerajaan dan membuat keputusan mengenai pengukuhan serta penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI.
  • Usul dan keputusan MTMM akan disusuli tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

Anwar berkata MTMM merupakan forum tertinggi yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan dasar kerajaan, selain membuat keputusan berhubung pengukuhan serta penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI.
"Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama ahli Majlis, berkenaan pengukuhan dan penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan MADANI, yang menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," kata beliau dalam hantaran di Facebook.
Anwar berkata sebarang usul dan keputusan yang dibuat dalam MTMM akan disusuli dengan tindakan lanjut oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.
"Saya percaya, koordinasi yang tersusun dalam kalangan agensi kerajaan akan memastikan matlamat yang disasarkan akan tercapai dan mendatangkan hasil dengan lebih efisien," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#MTMM
#Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI
#Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan