awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar puji kesiapsiagaan negara dunia hadapi ancaman tsunami

Khalis Khadir
Khalis Khadir
31/07/2025
12:48 MYT
PM Anwar puji kesiapsiagaan negara dunia hadapi ancaman tsunami
Anwar menyambut baik tindakan pantas sistem amaran awal dan kecekapan pasukan kecemasan antarabangsa yang berjaya mengurangkan ancaman kepada nyawa serta keselamatan penduduk. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur apabila tiada laporan kematian serius atau kerosakan besar dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda kawasan timur Rusia, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan bersyukur tiada kematian serius atau kerosakan besar dalam gempa bumi kuat di timur Rusia.
  • Beliau memuji tindakan pantas sistem amaran awal dan pasukan kecemasan antarabangsa yang membantu lindungi nyawa penduduk.
  • Anwar menyatakan sokongan kepada mangsa dan berharap situasi kembali pulih, sementara pihak berkuasa terus pantau gegaran susulan.

Beliau menyifatkan bencana alam itu sebagai antara yang terkuat pernah direkodkan dan mencetuskan kebimbangan mendalam, khususnya selepas amaran tsunami dikeluarkan merentasi Lautan Pasifik.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak termasuk Perdana Menteri, yang menyedari betapa besarnya risiko terhadap komuniti di rantau terbabit.
“Seperti ramai orang lain, saya menyaksikan amaran tsunami merentasi Lautan Pasifik dengan hati yang berat, mengetahui betapa banyak yang dipertaruhkan bagi komuniti dari Kamchatka ke Jepun, Guam dan kawasan sekitar rantau itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.
Beliau menyambut baik tindakan pantas sistem amaran awal dan kecekapan pasukan kecemasan antarabangsa yang berjaya mengurangkan ancaman kepada nyawa serta keselamatan penduduk.
Perdana Menteri turut menyatakan sokongan kepada semua pihak yang berdepan detik cemas ketika menunggu khabar daripada keluarga masing-masing, terutama yang berada di kawasan berisiko.
“Kredit harus diberikan kepada tindakan pantas sistem amaran awal dan pasukan kecemasan yang bergerak segera untuk melindungi nyawa.
“Fikiran saya tetap bersama mereka yang menghabiskan waktu-waktu cemas menunggu khabar berita dan saya berharap bahaya ini berlalu sepenuhnya,” ujarnya.
Pihak berkuasa antarabangsa kini masih memantau gegaran susulan, namun tiada ancaman tsunami baharu dilaporkan setakat ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ancaman tsunami
#gempa bumi
#Rusia
#kamchatka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan