awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rakam penghargaan kepada Itali, Sepanyol lindungi konvoi GSF

Bernama
Bernama
26/09/2025
23:00 MYT
PM Anwar rakam penghargaan kepada Itali, Sepanyol lindungi konvoi GSF
Kementerian Pertahanan Itali mengarahkan kapal tentera laut melindungi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Semenanjung Gaza. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada kerajaan Itali dan Sepanyol susulan penghantaran kapal perang tentera laut bagi melindungi konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Semenanjung Gaza.
Dalam hantaran di X, Anwar turut mengucapkan kata-kata semangat kepada peserta GSF yang semakin menghampiri destinasi mereka.
"Semoga kekuatan dan kecekalan bersama kalian. Dunia mendukung terus!" katanya.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.
Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang kini berada di perairan antarabangsa berhampiran Greece dan dijangka memasuki zon kuning pada bila-bila masa sebelum dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Mereka merupakan sebahagian daripada aktivis dari 45 negara yang berlayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap enklaf itu dan cekal berdepan dengan pelbagai rintangan serta ugutan termasuk serangan dron.
Malaysia menjadi negara pertama yang mengiktiraf misi itu menerusi sokongan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Global Sumud Flotilla
#konvoi GSF
#kapal perang Itali
#kapal perang Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan