awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sedia mohon maaf kepada Muhyiddin, jika benar sumber tidak sahih

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/08/2025
03:56 MYT
PM Anwar sedia mohon maaf kepada Muhyiddin, jika benar sumber tidak sahih
Perdana Menteri Anwar sedia memohon maaf kepada Muhyiddin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih.
Menurut Perdana Menteri, kenyataan tersebut dibuat dengan merujuk kepada tiga sumber yang diterima beliau.
Bagaimanapun, tegas Anwar, ketika ini siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengesahkan kesahihan sumber-sumber berkenaan.
"Pertama ialah tentang kenyataan Pagoh, saya kata tiada masalah kerana saya ada tiga sumber, yang disahkan tidak benar, satu sumber. Kalau betul dua sumber tidak benar, saya tak ada masalah (mohon maaf).
"Memang kalau kesilapan sesiapa sahaja berdasarkan sumber digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh, itu yang saya sebut," katanya,
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menegaskan, prinsip keterbukaan dan tanggungjawab perlu diamalkan dalam kalangan semua pemimpin, dengan mengakui bahawa semua pihak perlu bersedia mengakui kesilapan jika terbukti salah.
Namun, dalam masa sama, Anwar mempersoalkan sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang sering mengeluarkan tuduhan berat terhadap beliau dan kerajaan tanpa sebarang bukti, tetapi enggan memohon maaf.
"Hari-hari saya difitnah, dikatakan PMX zalim, tidak beri peruntukan kepada Kelantan, gunakan hakim untuk menekan, gunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dakwa orang. Tapi tak pernah pula saya dengar mereka minta maaf. Malah ada yang guna hadis dan Qunut Nazilah," kata Perdana Menteri.
Minggu lalu, Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, MCMC akan melaksanakan siasatan berhubung kenyataan, yang dikaitkan dengan Muhyiddin.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan, siasatan yang dijalankan oleh MCMC ketika ini bukan bertujuan menyiasat Muhyiddin, sebaliknya, memfokuskan kepada sumber kenyataan tersebut.
"Saya nak jelaskan saya kata sumber ini daripada 1,2,3... tolong siasat sumber ini apakah sahih? Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar.
"Tapi biar tunggu keputusan MCMC dulu," ujar Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#RON95
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan