awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini

Bernama
Bernama
30/06/2024
01:00 MYT
PM Anwar sempurnakan majlis kemuncak, penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 petang ini
Perdana Menteri Anwar akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.
NTW 2024 yang bermula Isnin, dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KSM), bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Program latihan percuma itu melibatkan lima teras utama iaitu kemahiran hidup; kemahiran masa depan; kreativiti dan inovasi; kewangan; dan pembangunan mampan.
Lima teras tersebut dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri di Malaysia.
Setakat Khamis, NTW 2024 berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma, melepasi sasaran asal KSM iaitu 200,000 peserta dalam 25,000 kursus.
NTW yang dilancarkan buat pertama kali tahun lepas, berjaya menyediakan lebih 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih daripada 129,000 rakyat Malaysia, di samping mencatatkan lebih daripada 503,000 jam latihan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Minggu Latihan Kebangsaan
#National Trainning Week
#HRD Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan