awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar seru umat Islam imarah masjid dengan aktiviti ilmiah

Bernama
Bernama
18/03/2025
12:27 MYT
PM Anwar seru umat Islam imarah masjid dengan aktiviti ilmiah
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai hari ini. - Gambar Bernama
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya mengimarahkan masjid menerusi penganjuran pelbagai aktiviti ilmiah dan keagamaan terutama kepada golongan wanita dan anak muda.
Anwar berkata hal ini kerana masjid merupakan institusi yang penting dalam membangun dan memberdayakan ummah di negara ini.
Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak agar tidak menjadikan masjid sebagai wahana menyebarkan kebencian dan menanam bibit prasangka yang semakin menular dan keterlaluan ketika ini.
"Imarahkanlah masjid... adakan kelas pengajian dan adakan ruang untuk wanita serta anak-anak muda. Bagi mereka pilihan apa yang mereka minat untuk meningkatkan ilmu. Jangan gunakan Islam itu hanya untuk porak-peranda dan menyerang, sebaliknya berikan kefahaman sebelum membuat keputusan... kefahaman berlandaskan al-Quran, sunah Rasulullah SAW.
"Negara ini bukan maju kerana teknologi dan pembangunan (semata-mata). Ya, (teknologi dan pembangunan) penting... tetapi selain daripada kemajuan dan kebendaan, ada ihsan, roh, adab dan moral yang baik dan pada Ramadan yang mulia ini, kita jadikan masjid sebagai pusat (ilmu)," katanya ketika berucap merasmikan Masjid Jamek Perai di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.
Perdana Menteri berkata selain sesama umat Islam, hubungan dengan masyarakat bukan Islam di negara ini juga penting untuk dihormati.
"Nak berbeza pendapat boleh, (tapi) tak perlu cerca dan maki hamun serta tidak perlu untuk menidakkan orang. Kena ada perbezaan pendapat, tetapi tidak cepat menghukum," katanya.
Pada majlis itu, Anwar bersetuju menyumbangkan RM100,000 kepada Masjid Jamek Perai untuk digunakan sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak kariah di kawasan itu.
Masjid Jamek Perai dibangunkan penduduk kawasan berkenaan pada 1979 dan telah dibaik pulih sepenuhnya pada 29 Mac 2021 bagi menggantikan bangunan lama dengan kos berjumlah RM5.5 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti keagamaan
#bangunan lama
#maki hamun
#anak muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan