MALAYSIA
PM Anwar tinjau projek padi organik Desa Gemalai

Anwar meninjau sekitar projek penanaman padi sempena lawatannya di negeri Kelantan di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Padi Alami hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau projek penanaman padi di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Padi Alami, Mulong.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim meninjau projek penanaman padi organik seluas 8.49 hektar di Desa Gemalai, Mulong, Kelantan yang menggunakan sistem solar dan teknologi moden untuk pengairan dan saliran.
- Projek ini mengamalkan pertanian mesra alam tanpa penggunaan baja dan racun kimia, serta telah mencapai purata hasil sekitar lima metrik tan sehektar sejak dimulakan pada 2023 oleh Mohd Yusri Mohamad Nor.
- Lawatan turut disertai Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi KADA, dengan sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara
Walaupun cuaca panas, Perdana Menteri meluangkan kira-kira 30 minit meninjau lokasi sebelum beredar 11.45 pagi untuk menghadiri program seterusnya.
Desa Gemalai, yang diusahakan oleh Mohd Yusri Mohamad Nor sejak 2023, mengamalkan pertanian mesra alam tanpa baja dan racun kimia.
Projek itu mencapai purata hasil sekitar lima metrik tan sehektar dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui KADA.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami