awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

Bernama
Bernama
29/06/2023
01:30 MYT
PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Majlis Putra, di sini.
Beliau yang tiba bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 8.19 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.
Solat sunat Aidiladha ini pertama bagi Anwar bersama-sama warga Putrajaya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan pada November tahun lepas.
Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.
Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk 'Nilai Pengorbanan' yang disampaikan Salahuddin.
Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain sebaik selesai khutbah Aidiladha. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#hari raya aidiladha
#solat sunat Aidiladha
#Masijd Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan