Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Sallehuddin

61687066255_sultankedah.jpg
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-81 hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


"Semoga Duli Tuanku kekal karar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama.

"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi," katanya.

PM Anwar ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Sallehuddin

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video