awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah buat keluarga Bekas Wanita Pertama Singapura, Noor Aishah

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2025
05:38 MYT
PM Anwar ucap takziah buat keluarga Bekas Wanita Pertama Singapura, Noor Aishah
Noor Aishah meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 4.28 pagi. - Foto ST
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan salam takziah atas pemergian bekas Wanita Pertama Singapura Noor Aishah Mohammad Salim, 91, yang meninggal dunia hari ini.
Datuk Seri Anwar dalam hantaran di laman Facebooknya menyifatkan isteri kepada presiden pertama Singapura, Yusof Ishak itu menjadi tunjang kekuatan Singapura di tahun pembentukan identiti nasional republik itu.
“Saya menerima berita pemergian isteri kepada Presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak yakni Puan Noor Aishah pada usia 91 tahun. Perginya seorang tokoh wanita yang menjadi tunjang kekuatan Singapura di tahun-tahun pembentukan identiti nasional mereka amat mengusik jiwa.
“Puan Noor Aishah tidak sekadar pendamping kepada seorang tokoh dan pemimpin negara, tetapi merupakan ikon kesetiaan dan kemuliaan budi yang menjadi teladan kepada wanita di rantau ini. “Kesederhanaan beliau ternyata menjambatani hubungan antara pemimpin dengan rakyat terbanyak,” kata Datuk Seri Anwar.
Perdana Menteri berkata beliau dan seluruh rakyat Malaysia turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin," kata beliau.
Pejabat Perdana Menteri Singapura hari ini memaklumkan Noor Aishah meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 4.28 pagi.
Allahyarham akan dikebumikan pada Selasa di Tanah Perkuburan Negara Kranji, bersebelahan pusara suaminya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#bekas Wanita Pertama Singapura
#Anwar Ibrahim
#ucapan takziah
#Noor Aishah Mohammad Salim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan