awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Ananda Krishnan

Bernama
Bernama
28/11/2024
10:51 MYT
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Ananda Krishnan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ananda Krishnan dan mengingatkan sumbangan besar mendiang dalam dunia korporat, filantropi, dan kemasyarakatan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga taikun perniagaan Ananda Krishnan yang meninggal dunia hari ini.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ananda Krishnan dan mengingatkan sumbangan besar mendiang dalam dunia korporat, filantropi, dan kemasyarakatan.
  • Berita kematian Ananda Krishnan, 86, disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan Usaha Tegas Sdn Bhd.
  • Ananda Krishnan adalah lulusan Harvard Business School, pengasas Usaha Tegas, Maxis Communications, dan MEASAT Broadcast Network Systems, serta salah seorang individu terkaya di Malaysia.

Beliau berkata sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati.
"Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini. Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Berita kematian Ananda, 86, disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan yang diterajui mendiang iaitu Usaha Tegas Sdn Bhd menerusi satu kenyataan.
Ananda, atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan atau T. Ananda Krishnan, adalah antara tokoh perniagaan terkemuka Malaysia dan disenaraikan sebagai seorang daripada individu terkaya di negara ini.
Lulusan Harvard Business School, beliau memulakan Usaha Tegas sebelum mengasaskan Maxis Communications dan MEASAT Broadcast Network Systems.
Kepimpinan beliau telah mendorong Maxis menjadi antara penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ananda krishnan
#ucapan takziah
#taikun perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan