awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN

Bernama
Bernama
10/06/2024
15:28 MYT
PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari tadi.
"Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN," kata beliau.
Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lepas.
Menerusi perkongsian sama, Anwar berkata beliau turut menziarahi bapa saudara kepada Sultan Pahang Tengku Datuk Muhammad Sultan Abu Bakar serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof yang turut menerima rawatan di IJN.
"Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah," kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ziarah
#Wan Rosdy Wan Ismail
#IJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan