awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM arah KKM beri rawatan terbaik kepada Najib

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2022
13:06 MYT
PM arah KKM beri rawatan terbaik kepada Najib
Ismail Sabri memberitahu beliau telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Najib. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) agar memberi rawatan terbaik kepada Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi ciapan di Twitternya, Ismail Sabri turut mendoakan agar Najib diberikan kesembuhan atas masalah kesihatan yang sedang dihadapinya.
"Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Dato’ Sri Najib Tun Razak.
"Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau.
"Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan," tulis beliau.
Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Dato Sri Najib Tun Razak. Saya telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau. Saya doakan semoga beliau diberikan kesembuhan.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) September 12, 2022
Awal hari ini, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan, tekanan darah Najib dilapor berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.
Susulan keadaan tersebut, Najib yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon untuk pemerhatian di HKL.
Kesihatan Najib | KKM sahkan beri ubat sama - Dr Noor Hisham
Permohonan itu, bagaimanapun, didakwa ditolak oleh pegawai perubatan yang merawatnya.
Sementara itu, KKM mengesahkan ubat yang diberikan kepada Najib semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah jenis sama dan dalam senarai ubatan kementerian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bekas Perdana Menteri itu juga berada dalam keadaan sihat sebelum dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan pada 9 September lalu.
Dr Noor Hisham memaklumkan, Najib telah dimasukkan ke HKL pada hari Jumaat sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik dan optimum.
Topic Berkaitan
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Najib Razak
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan