awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2025
08:54 MYT
PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Menurut Perdana Menteri, semua rakyat perlu bersama mempertahankan keharmonian dan menolak usaha serta tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional. - Gambar fail/Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada semua pihak agak tidak menyentuh isu 3R, susulan tindakan segelintir pihak yang dipercayai menyinggung sensitiviti penganut agama lain.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegur semua pihak agar tidak menyentuh isu 3R (agama, kaum, Raja) untuk menjaga keharmonian negara.
  • Beliau mengingatkan pentingnya sikap hormat-menghormati dan kasih-sayang dalam masyarakat.
  • Anwar menekankan kepentingan prinsip rukun negara sebagai asas perpaduan yang harus diamalkan oleh semua rakyat.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu bahawa Anwar menegaskan tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara.
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, dan Raja tidak seharusnya berulang.
"Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak agar mengelakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan serta mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih-sayang dalam hidup bermasyarakat," kata Tunku Nashrul dalam Taklimat Harian oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa.
Tunku Nashrul menambah, Perdana Menteri juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip rukun negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan.
Menurut Perdana Menteri, semua rakyat perlu bersama mempertahankan keharmonian dan menolak usaha serta tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#isu 3R
#sensitiviti kaum
#Prinsip Rukun Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan