awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bincang langkah-langkah perkukuh kerjasama ekonomi bersama wakil perdagangan AS

Bernama
Bernama
16/02/2023
14:28 MYT
PM bincang langkah-langkah perkukuh kerjasama ekonomi bersama wakil perdagangan AS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan global semasa pertemuan beliau dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi ciapan di laman Twitter rasminya berkata, perbincangan mereka juga turut menyentuh mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi, isu-isu kemudahan perdagangan selain melaksanakan usaha untuk menarik pelaburan yang berkualiti ke Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, lawatan Tai itu merupakan lawatan kerja yang pertama kali oleh ahli Kabinet Pentadbiran Amerika Syarikat ke Malaysia sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan tahun lalu.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala delegasi Tai turut diiringi oleh Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeters.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama ekonomi
#Amerika Syarikat
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Katherine Tai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan