BERLIN: Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan rasmi di Republik Persekutuan Jerman dengan acara majlis sambutan rasmi di Canseleri Jerman.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Canselor Olaf Scholz sebelum diberi penghormatan melakukan kawalan kehormat tentera Jerman Bundeswehr dari Wachbataillon.

Anwar dan Scholz kemudian mengadakan pertemuan empat mata dan diikuti dengan sidang media bersama.

Dalam sidang media tersebut, kedua-dua pemimpin menyentuh memgenai pelaburan dua hala dalam pelbagai sektor dan isu kemanusiaan di Palestin.

Perdana Menteri turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Antara wakil kerajaan Jerman yang turut hadir ialah Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi, Kewangan dan Eropah, Dr. Jörg Kukies has been State Secretary dan Duta Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer.