awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ethiopia lawat kilang Proton

Bernama
Bernama
25/10/2024
11:05 MYT
PM Ethiopia lawat kilang Proton
Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali hari ini melawat kilang Proton sebagai sebahagian daripada acara dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. - Foto BERNAMA
TANJUNG MALIM: Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali hari ini melawat kilang Proton di sini sebagai sebahagian daripada acara dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
Beliau tiba di bangunan pentadbiran Proton pada 3.40 petang, diiringi Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Yubazlan Yusof.
Ketibaan Abiy disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong dan pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.
Beliau meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat kilang dan mendengar taklimat mengenai operasi Proton.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Abiy akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis rasmi esok, diikuti dengan mesyuarat dua hala.
"Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.
"Mereka juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama. Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat itu," menurut kenyataan berkenaan.
Abiy, ditemani isterinya Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere, tiba di Malaysia pagi ini untuk kunjungan sulungnya ke negara ini.
Ethiopia adalah rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika, imbangan dagangan berpihak kepada Malaysia pada 2023.
Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan RM446.8 juta, dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Produk yang dieksport Malaysia ke Ethiopia termasuk elektrik dan elektronik, minyak sawit serta barangan pertanian berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk berasaskan bahan kimia, serta tekstil, pakaian dan kasut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdana menteri ethiopia
#Dr Abiy Ahmed Ali
#lawat kilang Proton
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan