awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ethiopia lawat Pusat ESG Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
25/10/2024
15:45 MYT
PM Ethiopia lawat Pusat ESG Kuala Lumpur
Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali, ketika meninjau persekitaran Taman Bandar TRX, yang merupakan sebahagian daripada acara dalam lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia, hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Ethiopia, Dr. Abiy Ahmed Ali melawat Pusat Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) Kuala Lumpur di The Exchange TRX di sini hari ini.
Abiy, yang dalam lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, tiba pada pukul 5.45 petang dan disambut oleh Presiden International Green Trends Cockpit Sdn Bhd, Ismail Abdullah.
Semasa lawatan tersebut, Abiy turut diberikan taklimat terperinci oleh Ismail mengenai objektif dan perancangan ESG Kuala Lumpur yang bertujuan mendidik penduduk bandar mengenai kehidupan lestari dan menyebarkan maklumat tentang rangka kerja ESG yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra memaklumkan bahawa Abiy akan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu upacara rasmi di Seri Perdana esok, diikuti dengan mesyuarat dua hala.
"Perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu akan tertumpu kepada memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, industri halal, pembangunan mampan, kesihatan, pelancongan dan pendidikan.
"Mereka juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama. Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat tersebut," menurut kenyataan itu.
Abiy, yang ditemani isterinya Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere, tiba di Malaysia pagi tadi.
Ethiopia merupakan rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika dengan imbangan dagangan memihak kepada Malaysia pada 2023.
Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia direkodkan RM446.8 juta dengan eksport Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, mencatatkan peningkatan sebanyak 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdana menteri ethiopia
#Abiy Ahmed Ali
#Pusat ESG
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan