awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM gesa kerajaan negeri bersama jayakan hasrat modenkan pentadbiran tanah

Bernama
Bernama
19/09/2024
11:01 MYT
PM gesa kerajaan negeri bersama jayakan hasrat modenkan pentadbiran tanah
Anwar (tengah) sewaktu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 pagi tadi. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan negeri untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan menjayakan hasrat memodenkan pentadbiran tanah di negara ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-81 pagi tadi, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selain bertujuan meningkatkan kecekapan tadbir urus demi kepuasan rakyat dan pelabur, perkara berkenaan juga menjadi antara kayu ukur dalam penilaian Bank Dunia.
"Selain itu, saya turut tekankan kepentingan melipatgandakan produktiviti guna tanah dan tidak hanya bergantung kepada keluasan kawasan semata-mata dalam mencapai matlamat negara.
"Alhamdulillah, mesyuarat menerima baik segala pandangan amalan terbaik yang turut dikongsi oleh kerajaan negeri," katanya.
Perdana Menteri berkata mesyuarat itu adalah platform bagi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri merundingi dasar berkaitan pentadbiran tanah selain menjadi antara pemangkin kepada konsep Kerajaan MADANI yang mengupas keperluan rakyat dari aspek pertumbuhan ekonomi serta tatakelola berkesan.
Pada masa sama, beliau meminta persefahaman dan pemuafakatan kerajaan negeri untuk mengimbangi antara keutamaan negeri dengan dasar di peringkat Persekutuan khususnya agar selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia di medan antarabangsa.
"Antaranya terkait iltizam untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan kawasan berhutan sebagai langkah adaptasi dan mitigasi bagi mengimbangi kesan perubahan iklim serta pemuliharaan biodiversiti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#memodenkan pentadbiran tanah negara
#Mesyuarat Majlis Tanah Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan