awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM harap RTM terus memangkin perubahan, suara kepada rakyat, negara

Bernama
Bernama
01/04/2024
22:00 MYT
PM harap RTM terus memangkin perubahan, suara kepada rakyat, negara
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memangkin perubahan dan mempertahankan kualiti dan fakta.
Dalam hantaran ringkas melalui laman Facebooknya bersempena dengan ulang tahun ke-78 RTM semalam, beliau turut berharap stesen penyiaran tertua Malaysia itu kekal menjadi suara kepada rakyat dan negara.
"Selamat ulang tahun yang ke-78 kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM)," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui hantaran dalam laman Facebooknya semalam berharap RTM terus ke hadapan dalam menyediakan kandungan berkualiti yang merentas teknologi, cabaran pemikiran, serta perubahan trend semasa.
Sebagai penonton dan juga pendengar siaran RTM, katanya, beliau sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama RTM sebagai sebuah medium penyampaian maklumat yang tepat kepada seluruh masyarakat di negara ini.
"Pastinya RTM sentiasa menjadi 'Teman Setia Anda'," katanya.
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.
Kini, RTM mengendalikan enam stesen televisyen serta 34 siaran radio di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radio Televisyen Malaysia
#78 tahun RTM
#stesen penyiaran
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan