awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah

Bernama
Bernama
24/11/2020
04:34 MYT
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Muhyiddin Yassin (kiri) menerima kunjungan perpisahan daripada Abu Kassim Mohamed yang akan bersara wajib pada 5 Disember ini. - Gambar Facebook MUHYIDDIN YASSIN
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam memerangi rasuah dan memastikan integriti tadbir urus negara berada pada tahap yang tertinggi.
Muhyiddin berkata, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang bertujuan menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara menyeluruh merupakan antara inisiatif yang dibangunkan oleh GIACC di bawah kepimpinan Abu Kassim dan dilancarkan pada Januari tahun lepas.
"Tan Sri Abu Kassim yang saya kenali ini merupakan seorang yang sangat proaktif, punya banyak buah fikiran untuk menambah baik tadbir urus negara, tegas dan pastinya seorang yang berintegriti dan komited terhadap tugasan beliau," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Abu Kassim yang akan bersara wajib pada 5 Disember ini.
Sebelum dilantik untuk mengepalai GIACC, Abu Kassim merupakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Oktober 2010 hingga Julai 2016.
Perdana Menteri turut mengucapkan syabas dan tahniah serta mendoakan agar Abu Kassim diberi kebahagiaan, sambil menyatakan bahawa bukan mudah untuk mencari pengganti beliau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Abu Kassim Mohamed
#Pusat Governans Integriti dan Antirasuah Nasional
#GIACC
#bersara wajib
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan