Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pengguna media sosial supaya menyebarkan berita-berita positif berkenaan negara dan bukannya terjebak dalam penyebaran cerita-cerita negatif.
Perdana Menteri berkata mereka seharusnya menggunakan pengaruh yang ada untuk membantu menyemai semangat cinta kepada negara kerana tanggungjawab sebagai pengguna media sosial itu besar dan mampu mempengaruhi masyarakat.
"Kuasa media sosial tidak boleh dipandang rendah. Lebih 20 juta rakyat kita merupakan pengguna media sosial dan saya percaya ini menjadikan media sosial satu platform penyebaran maklumat yang sangat efektif.
"Twitter, Facebook, Instagram dan banyak lagi platform lain, semuanya membenarkan kita mengemas kini status dan maklumat secara 'real time' (masa sebenar)," katanya pada majlis berbuka puasa #MariBerjumpaRamadan, di sini pada Isnin.
Catatan mengenai majlis itu dimuat naik menerusi laman blog beliau www.najibrazak.com.
Najib berkata melalui media sosial, beliau berupaya berinteraksi dan mendekati rakyat, lebih-lebih lagi orang muda yang rata-ratanya pengguna platform berkenaan, tanpa batas-batas protokol.
"Melalui program #MariBerhubung yang dilaksanakan sejak 2014, ramai pengguna dan nama-nama besar media sosial yang telah saya dekati ketika sesi-sesi santai di mana kami berbincang berkenaan isu-isu semasa dan mereka juga berpeluang untuk memberi pendapat serta maklum balas secara terus kepada saya," katanya.
Beliau juga yakin negara akan berjaya melahirkan sebuah masyarakat yang positif dan saling menyayangi jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing di media sosial.
Majlis itu turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Haji Nawawi; selebriti media sosial Wak Doyok; pereka fesyen Fuzana Mokhtaza; pengasas Kilang Bateri di Johor, Johan Ropi; dan ikon-ikon Negaraku.
Tidak ketinggalan hadir sama aktivis masyarakat Kuan Chee Heng yang terkenal dengan usahanya membantu mereka yang tidak berkemampuan ke hospital menerusi perkhidmatan pengangkutan pada kadar 10 sen.
Pada majlis itu Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut meraikan 60 anak-anak dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).
"Anak-anak di SBJK, percayalah bahawa kerajaan akan terus komited untuk menjaga kebajikan anda semua. Insya-Allah saya dan keluarga akan doakan kejayaan anak-anak semua dunia dan akhirat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2017
PM NAJIB: "Seronok saya dapat berkongsi kegembiraan dan kemeriahan Ramadan serta Syawal yang bakal tiba dengan anak-anak dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih." - Facebook - Najib Razak
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Johor harap lawatan PM ke Singapura pada Mei bawa 'berita positif'
Perdana Menteri dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Singapura awal bulan depan.
PM ingatkan pengguna media sosial sebarkan berita positif mengenai negara
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pengguna media sosial supaya menyebarkan berita-berita positif berkenaan negara dan bukannya terjebak dalam penyebaran cerita-cerita negatif.