awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri adakan lawatan rasmi ke Brunei esok

Bernama
Bernama
13/02/2022
11:36 MYT
PM Ismail Sabri adakan lawatan rasmi ke Brunei esok
Wisma Putra berkata lawatan itu akan dikendali berdasarkan tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Brunei.- Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Seri Begawan dari 14 hingga 15 Februari 2022, lawatan rasmi pertamanya ke Brunei sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas.
Wisma Putra berkata dalam lawatan itu Ismail Sabri dijadual menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
"Kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pasca COVID-19 yang akan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
"Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) melalui udara, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan, dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Pertemuan berkenaan akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri juga akan menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan.
Kenyataan itu menyebut Ismail Sabri akan diiringi oleh isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan pegawai kanan kerajaan.
Wisma Putra berkata lawatan itu akan dikendali berdasarkan tatacara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Brunei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#lawatan rasmi ke Brunei
#ismail sabri yaakob
#Sultan Hassanal Bolkiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan