KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mengambil langkah dengan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 dalam usaha ke arah mencapai fasa imuniti kelompok.
Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat itu, mereka yang belum mendaftar diseru supaya segera berbuat demikian.
"Seronok melihat mereka yang sudah menerima dua dos vaksin menjamu selera di restoran dan beriadah di luar. Bagi yang masih belum lengkap, insya-Allah giliran anda akan menyusul tidak lama lagi.
"Kepada seluruh Keluarga Malaysia yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, saya menyeru agar berbuat demikian dengan segera. Kita semua rindu nak jalani hidup seperti sedia kala. Jom sama-sama kita ambil langkah ke fasa herd immunity!," katanya.
Malaysia menyasarkan untuk mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Perdana Menteri berkata bagi mencapai matlamat itu, mereka yang belum mendaftar diseru supaya segera berbuat demikian. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
COVID: KKM jangka kes Kategori 1, 2 meningkat selepas Aidilfitri
Berdasarkan trend kes COVID-19 untuk tempoh dua bulan lepas, KKM mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.
Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron mampu membina imuniti kepada wabak itu.
COVID-19: 70.1 peratus penduduk Sarawak lengkap divaksin
90.7 populasi dewasa serta 41.3 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak telah melengkapkan vaksinasi.
Kebebasan memilih tidak divaksinasi bukan bererti bebas daripada akibat
Tinggal dalam sebuah masyarakat menuntut semua pihak bertindak dengan mengambil kira tanggungjawab mereka terhadap komuniti.
Pemulihan industri acara perniagaan kunci untuk bantu ekonomi negara - Irmohizam
Malaysia kini sedang menuju ke arah imuniti kelompok dan beliau berharap kerajaan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dikenakan.
Fokus perluasan capaian vaksinasi, bukan lagi imuniti kelompok - Khairy
Kerajaan tidak lagi menggunakan terma imuniti kelompok, sebaliknya fokus pada perluasan capaian vaksinasi kepada seramai yang mungkin.
81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.
KKM tidak lagi guna formula imuniti kelompok, fokus pemberian vaksin - Khairy
KKM tidak lagi menggunakan formula konvensional yang menilai imuniti kelompok berdasarkan capaian sekurang-kurangnya vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa dalam usaha membendung COVID-19.
Hanya 0.01 kematian dilaporkan libatkan individu lengkap dua dos - Khairy
Hanya 0.01 peratus kematian dilaporkan dalam negara akibat COVID-19, melibatkan individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin.
COVID-19: 79.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin
Berbaki 0.4 peratus populasi dewasa sahaja lagi sebelum negara mencapai imuniti kelompok pada kadar 80 peratus.