awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
“Rasa macam baru sahaja bercerai” - Fazura belum terfikir nak cari pengganti
MALAYSIA
Kilang disyaki jadi stor minyak terbakar, penduduk diarah kosong kawasan
MALAYSIA
Buat kecoh di pekarangan hotel, 46 pekerja asing ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

PM Ismail Sabri bentang RMK-12 Isnin ini

Bernama
Bernama
25/09/2021
02:04 MYT
PM Ismail Sabri bentang RMK-12 Isnin ini
Ismail Sabri akan membentangkan RMK-12 yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, Isnin ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Ismail Sabri dijadual membentangkan RMK-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 itu pada 11.30 pagi selepas sesi soal jawab lisan.
Berhadapan pandemik COVID-19 di penghujung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) selain perubahan pimpinan kerajaan, pembentangan RMK-12 dipinda sekurang-kurangnya dua kali daripada tarikh asal pada 6 Ogos tahun lepas kepada Januari tahun ini, sebelum akhirnya dibentang pada Isnin ini.
Bersesuaian tema Keluarga Malaysia, RMK-12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan perlindungan sosial masyarakat yang merupakan penggerak ekonomi negara dengan projek-projek pembangunan akan turut lebih berpaksikan rakyat berbanding projek-projek mega baharu.
Ini sepertimana dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini bahawa pandemik COVID-19 yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pascapandemik bagi lima tahun akan datang.
Walaupun projek-projek mega baharu bukan lagi keutamaan, Mustapa berkata projek-projek mega sebelum ini yang sedang berjalan seperti projek Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura akan terus dilaksanakan.
Beliau berkata projek-projek baharu seperti pelabuhan dan lapangan terbang yang boleh membantu meningkatkan ekonomi negara sudah pasti akan dirancang kerajaan dalam belanjawan tahunan sebaik ekonomi negara kembali pulih yang dijangka pada 2023.
Selain itu, sepertimana Rancangan Malaysia yang lain sejak mula diperkenal pada 1966, fokus kerajaan dijangka akan turut menjurus ke arah merapatkan jurang pembangunan antara negeri dengan lebih banyak perbelanjaan negara akan diagihkan bagi membangunkan negeri-negeri kurang maju.
Sementara itu, menurut portal rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, RMK-12 merupakan bahagian terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara di bawah pendekatan 6R iaitu 'reform' (resolve, resilient, restart, recovery, revitalise) yang akan membina asas kukuh dalam membentuk sebuah negara berteknologi dan berpendapatan tinggi dengan pengagihan yang lebih saksama.
Ini sekali gus bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengecapi kehidupan yang lebih bersatu padu, harmoni dan bermaruah dengan mengetepikan segala perbezaan dan meraikan kepelbagaian.
Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, sesi perbahasan RMK12 akan bermula pada 28 Sept hingga 4 Okt, sebelum penggulungan oleh menteri-menteri berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RMK-12
#ismail sabri yaakob
#Rancangan Malaysia Ke-12
#hala tuju pembangunan lima tahun negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami