awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf

Bernama
Bernama
27/05/2022
11:07 MYT
PM Ismail Sabri bertemu PM Jepun, cadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf
Pertemuan Ismail dan Kishida berlangsung di Pejabat Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada Jumaat. - fotoBERNAMA
TOKYO: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, mencadangkan supaya hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada "Comprehensive Strategic Partnership" (CSP).
Dalam pertemuan yang berlangsung di Kantei atau Pejabat Perdana Menteri Jepun, Ismail Sabri yang diiringi delegasi berprofil tinggi mengadakan perbincangan dua hala dengan Kishida bagi memperkukuh hubungan Malaysia-Jepun yang sekian lama terjalin.
Ini merupakan pertemuan bersemuka kali pertama antara Ismail Sabri dan Kishida, bagi mengadakan perbincangan dua hala, sejak kedua-dua pemimpin itu menerajui kerajaan masing-masing pada 2021.
Ismail Sabri dan Kishida sebelum ini pernah mengadakan sidang Jepun-Malaysia melalui panggilan telefon pada 20 April lepas, yang menyaksikan perbincangan kedua-dua pemimpin menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
"Kita ingin cadangkan supaya ditingkatkan hubungan kita daripada strategik partnership kepada comprehensive strategic partnership," kata Ismail Sabri dalam pertemuan itu.
Hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf daripada "Enhanced Partnership" ke Strategic Partnership pada 2015.
Pertemuan itu adalah bersempena lawatan kerja rasmi Ismail Sabri ke Jepun, yang menyaksikan perdana menteri Malaysia turut mengambil bahagian dalam Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia, yang merupakan perhimpunan tahunan pemimpin politik, ekonomi dan industri dari rantau Asia Pasifik; di samping bertemu tokoh perniagaan dan korporat di Jepun bagi menarik pelaburan ke Malaysia.
Ini juga merupakan kali pertama Kishida menjadi hos kepada perdana menteri Malaysia sejak memegang jawatan sebagai perdana menteri Jepun pada Oktober tahun lepas.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur yang telah memberi sumbangan besar dalam pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Fumio Kishida
#hubungan Malaysia-Jepun
#Dasar Pandang ke Timur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan