awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei

Bernama
Bernama
15/02/2022
05:30 MYT
PM Ismail Sabri menghadap Sultan Brunei
Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengadakan pertemuan empat mata bersama Ismail Sabri di Istana Nurul Iman hari ini. --fotoBERNAMA
BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.
Ismail Sabri yang ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di Istana Nurul Iman di sini pada pukul 10.45 pagi.
Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Pada sesi menghadap itu, Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zain Shah.
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (kanan) di Istana Nurul Iman hari ini. - Foto BERNAMA
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (kanan) di Istana Nurul Iman hari ini. - Foto BERNAMA
Ismail Sabri kemudian mengadakan pertemuan empat mata kira-kira setengah jam bersama Sultan Hassanal Bolkiah.
Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan delegasi diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.
Ismail Sabri tiba di Brunei semalam, lawatan pertama beliau ke negara ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Brunei
#Sultan Hassanal Bolkiah
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan