MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-86 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di sini pada Ahad.
Mendahului senarai 846 penerima, Ismail Sabri dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran "Datuk Patinggi".
Istiadat yang bermula pada jam 5.15 petang hingga jam 5.30 petang itu turut dihadiri, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Acara yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Miri itu turut dihadiri barisan pemimpin tertinggi negeri termasuk beberapa Timbalan Premier Sarawak.
Untuk rekod, Ismail Sabri merupakan pemimpin Kerajaan Persekutuan kelima yang dikurniakan Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang.
Antara lain termasuk bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak serta memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Terdahulu, Abdul Taib mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sarawak kepada 43 penerima pada Sabtu.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Oct 09 2022

Tun Abdul Taib menyampaikan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Patinggi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun beliau hari ini. - Foto BERNAMA
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

PM Ismail Sabri terima gelaran 'Datuk Patinggi' Sarawak
Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang dianugerahkan kepada mereka yang telah menyumbang jasa dan khidmat yang cemerlang kepada negeri Sarawak.