awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM: Jangan tuding jari

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2013
16:00 MYT
PM: Jangan tuding jari
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap kerajaan Selangor yang suka menuding jari dan menyalahkan pihak lain berhubung krisis air yang berlaku di negeri itu tanpa menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya beliau amat kesal dan sedih melihat bebanan dialami rakyat negeri itu terutamanya penghuni flat kerana terpaksa turun naik untuk mengambil air dengan baldi bagi memenuhi keperluan harian mereka.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan Selangor hanya salahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF) negeri Selangor bersama Perdana Menteri di dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih.
Justeru, katanya apa yang harus lakukan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama kerajaan pusat terhadap masalah yang semakin meruncing dan pastinya akan memberi impak pada masa akan datang.
Katanya sekiranya masalah air tidak diselesaikan segera, malapetaka lebih serius akan menimpa khususnya di Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun depan dan seterusnya.
Najib berkata pembangunan dan pelaburan di Selangor juga terbantut dan tidak dapat dilaksanakan seperti dijadualkan berikutan masalah air di negeri itu.
Perdana Menteri berkata akses kepada air berkualiti adalah hak asasi setiap manusia dan sehubungan itu beliau memberi jaminan sekiranya BN diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, masalah air dan pelbagai masalah lain akan diselesaikan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
#Selangor
#SYABAS
#tuding jari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan