awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/07/2024
03:55 MYT
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Anwar memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan berjumpa dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock pada minggu depan.
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
Menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
"Akan jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Agong," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.
Turut hadir dalam majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Isnin lepas, Anwar memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.
Media sebelum itu melaporkan Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-Ada) yang menuntut keadilan atas kematian mendiang pada 16 Jul 2009, disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen.
Mereka yang mahu menyerahkan memorandum di pagar mahkamah dihalang pasukan keselamatan yang memberitahu kumpulan itu perlu mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Teoh Beng Hock
#memorandum tuntutan
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan