KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) yang dijadualkan berlangsung jam 7 petang hari ini (Jumaat).
Kesemua 21 Pemimpin Ekonomi negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka menyertai mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Bertemakan 'Join, Work, Grow, Together,' (Sertai, Berusaha, Membangun, Bersama), barisan Pemimpin Ekonomi APEC tersebut dijangka membincangkan isu-isu berkaitan usaha memacu semula rantau itu secara sosial dan ekonomi.
"Sejajar dengan kesedaran mengenai keperluan menangani impak COVID-19, AELM akan turut meninjau usaha dan kerjasama sewajarnya bagi mempercepat pemulihan ekonomi dan mewujudkan pertumbuhan mampan untuk rantau ini dalam era pasca-pandemik," demikian menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), hari ini.
Menurut kementerian itu, Malaysia dijangka mengetengahkan serta berkongsi pandangan negara mengenai usaha strategik secara kolektif berkaitan aspek mengiktiraf vaksin bersama selain langkah-langkah selamat bagi tujuan perjalanan rentas sempadan, mempergiat teknologi dan inovasi serta kemajuan pertumbuhan mampan dan hijau yang dapat memberi manfaat bagi pemulihan serantau di masa depan.
Pada akhir AELM itu, kalangan Pemimpin Ekonomi APEC dijangka mengesahkan Deklarasi Pemimpin Ekonomi APEC 2021 selain mengangkat Pelaksanaan Pelan Wawasan Putrajaya 2040 bagi merangka trajektori APEC dalam tempoh dua dekad akan datang.
"Sudah pasti, ini dapat memacu usaha ke arah mencapai wawasan bagi mewujudkan komuniti Asia Pasifik yang terbuka, dinamik, berdaya tahan serta aman menjelang 2040 demi kemakmuran semua rakyat kita serta generasi akan datang," kata MITI.
Bagi tempoh menjelang AELM dan sebahagian daripada usaha libat urus bersama sektor swasta, barisan Pemimpin Ekonomi APEC turut mengadakan dialog bersama Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
Ismail Sabri bersama Anggota Tetap ABAC Malaysia iaitu Datuk Rohana Mahmood, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah dan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, akan menyertai perbincangan bagi kemajuan dan hala tuju rantau ini dalam memastikan kejayaan untuk bangkit daripada krisis kesihatan itu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) yang dijadualkan berlangsung jam 7 petang hari ini (Jumaat). - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.