awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM lepaskan peserta cabaran automatif bagi Finale Akhir RFC

Bernama
Bernama
07/11/2023
12:34 MYT
PM lepaskan peserta cabaran automatif bagi Finale Akhir RFC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kenderaan pada simbolik Pra-Pelancaran Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2023 di Dataran Putra hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melakukan pelepasan 26 kenderaan pacuan empat roda di Dataran Putra di sini bagi Finale Akhir Rainforest Challenge (RFC).
Anwar, yang tiba pada 5.20 petang dan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Azman Mohd Yusof, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pelancongan Seni Budaya Datuk Shaharudin Abu Sohoy serta Pengasas merangkap Pengarah Rainforest Challenge and Rainforest Global Series Luis Wee, turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta.
Dua puluh enam tahun lepas iaitu pada 23 Nov 1997, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan perasmian RFC pertama di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Wee berkata sepanjang 26 kali penganjurannya, RFC telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia seterusnya mencapai objektif mempromosi negara sebagai hab pelancongan sukan terutama destinasi penganjuran kejohanan sukan permotoran lasak bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata RFC menduduki tempat ketiga daripada 10 pertandingan permotoran paling lasak di dunia sebaris dengan Dakar Rally, BAJA Race, Le Mans 24hr Race dan Isle of Man Race.
Wee berkata Perak dipilih untuk menganjurkan acara itu kerana memiliki pelbagai tarikan pelancongan serta flora dan fauna yang sesuai untuk aktiviti luar seperti sukan permotoran pacuan empat roda.
Kira-kira 300 peserta tempatan dan antarabangsa antaranya dari Rusia, Mongolia, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, India, Sri Lanka, Thailand, Jepun, Itali, Filipina serta Indonesia mengambil bahagian pada edisi kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cabaran automatif
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kenderaan pacuan empat roda
#Finale Akhir Rainforest Challenge
#RFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan