Umat Islam dituntut supaya melakukan suatu tranformasi atau perubahan minda dan budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya dalam konteks hijrah pada masa ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini kerana, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
"Jika dilihat dari sudut era globalisasi, hijrah itu merangkumi perubahan dan penghijrahan dari pelbagai aspek iaitu dari sudut fizikal, minda, sikap, hati, persekitaran dan sebagainya.
Perubahan ini mampu mengubah keadaan hidup sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan taraf hidup. Kini, negara kita telah mengalami banyak perubahan dan pencapaian dari satu peringkat kepada peringkat yang lain yang lebih baik dan cemerlang," katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1439H bertemakan 'Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara' malam tadi.
Perutusan tersebut dimuat naik di laman blog beliau www.najibrazak.com.
Najib berkata, hakikatnya, kekuatan utama hijrah terletak pada aspek memulihkan dan mengekalkan perpaduan yang antara lain berasaskan kepada kesatuan dalaman yang terzahir sebagai pautan kejiwaan dan kerohanian.
"Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1439. Awal Muharam yang menandakan awal tahun Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam.
Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Madinah adalah satu rancangan strategik dalam menyusun strategi bagi menjamin keselamatan dan kemenangan Islam dan mempertahankan agama Allah serta nilai-nilai murni Islam untuk jangka panjang," katanya.
Perdana Menteri turut mengambil kisah sejarah keseluruhan perjuangan Rasulullah SAW yang sebenarnya adalah satu gabungan gerak langkah yang berasaskan prinsip-prinsip Islam iaitu sentiasa berikhtiar, sabar, istiqamah, dan reda.
"Hijrah Rasulullah SAW menandakan titik transformasi dalam kemajuan umat Islam. Hijrah melahirkan satu sistem hidup bermasyarakat yang sempurna, dan menyaksikan transformasi kekuatan umat Islam daripada satu umat yang lemah kepada satu umat yang mantap, bertenaga dan berkemampuan tinggi," katanya.
Sesungguhnya, beliau berkata Islam telah berjaya membangunkan sebuah masyarakat dengan sistem pemerintahan tersendiri yang menjamin keselamatan umat Islam serta bukan Islam.
"Satu tamadun dan peradaban yang tinggi telah dapat dilahirkan dalam satu tempoh yang singkat," katanya.
Najib berkata kejayaan hijrah pertama dalam sejarah Islam ini juga telah mengubah landskap akidah, ibadah, dan akhlak yang membina tamadun masa depan ummah seperti firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa' ayat ke 100 yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
Di akhir perutusan tersebut, bersempena dengan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara", Najib menyeru umat Islam supaya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada hari ini.
"Semoga sambutan kita pada tahun ini lebih bermakna demi negaraku yang tercinta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2017
Perdana Menteri berkata tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. - Gambar fail
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Kembali kepada Tuhan, hadir sesuatu yang berharga dalam kehidupan - Aliff Aziz
Aliff Aziz bercakap tentang kerinduan membuat persembahan, kerinduan pada keluarga dan peluang menebus semula masa lalu.
'Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah' - Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.
'Teruskan dan jangan berundur, kita mampu kembalikan kehidupan normal' - PM
Muhyiddin menzahirkan rasa kagum atas semangat yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat dalam mengekang wabak penularan COVID-19.
Ebit Liew masuk Gaza hari ini, serah dua treler ubat dan keperluan asas kepada rakyat Palestin
Ebit Lew mengakui air matanya tidak dapat dibendung lagi usia mengaminkan doa sejurus bantuan disampaikan.
Ustaz Ebit Lew bawa misi kemanusiaan bantu rakyat Palestin
Ebit Lew dan delegasinya akan menjalani bantuan misi kemanusiaan di Mesir pada 25 - 30 Mei 2021.
Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.
Ramadan: Jadikan tahun ini sebagai 'reset' beribadah
Jadikan Ramadan tahun ini sebagai peluang menetapkan semula atau 'reset' kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Menjelang Ramadan: Apa maksud fidyah? Siapa wajib membayarnya?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu.
Munaqasyah kedua isu kalimah Allah dua minggu lagi
Perbincangan kedua berhubung penggunaan kalimah Allah akan diadakan dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi.