awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM pengerusikan mesyuarat MTN bincang komitmen negara kekalkan 50 peratus kawasan berhutan

Bernama
Bernama
12/09/2023
15:21 MYT
PM pengerusikan mesyuarat MTN bincang komitmen negara kekalkan 50 peratus kawasan berhutan
Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat MTN-80 yang membincangkan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada 1992. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-80 (MTN-80) yang membincangkan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan selaras dengan Sidang Kemuncak Rio De Janeiro pada 1992.
Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook malam ini berkata turut dibincangkan ialah dasar pelupusan tanah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) selaku penyedia perkhidmatan elektrik negara tanpa mengetepikan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Pihak-pihak Berkuasa Negeri.
"MTN-80 juga bersetuju dengan keputusan Majlis Mineral Negara Ke-2 (MMN2) yang melibatkan kelulusan secara prinsip Dokumen Prosedur Operasi Standard Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Malaysia serta syarat kelayakan penyediaan dan perakuan laporan cari gali dan penjelajahan hanya oleh ahli geologi berdaftar, ahli geologi asing berdaftar, pengamal berdaftar atau jurutera profesional dengan perakuan amalan.
"Aspek ekonomi dan kemampanan merupakan perkara yang ditekankan dalam kita mentadbir urus soal guna tanah untuk diwarisi generasi akan datang," kata beliau.
Menurut Perdana Menteri Mesyuarat MTN merupakan suatu wadah bagi Kerajaan Persekutuan berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri berkaitan dasar yang menyentuh tata kelola pentadbiran tanah yang konklusif, sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Majlis Tanah Negara
#mesyuarat MTN
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kawasan berhutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan