awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM pilih baju rasmi sambutan kemerdekaan negara

Bernama
Bernama
31/07/2013
10:00 MYT
PM pilih baju rasmi sambutan kemerdekaan negara
Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan negara bulan depan, Datuk Seri Najib Razak meluangkan sedikit masanya di pejabat hari ini, untuk memilih baju rasmi yang bakal dipakai anggota Kabinetnya pada 31 Ogos.
Daripada lima rekaan baju yang ditampilkan, perdana menteri memilih rekaan berwarna biru gelap yang akan dipakai menteri-menteri pada hari sambutan dan perbarisan kemerdekaan nanti.
Selepas memutuskan pilihannya, beliau meneruskan tugas rasmi, mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood berkata tema baju sambutan kemerdekaan ke-56 ini lebih menyerlahkan aspek warna asas pakaian seragam, agak berbeza daripada tahun lepas yang lebih berwarna-warni.
"Bersesuaian dengan tema 'Malaysia Tanah Airku, Tumpahnya Darahku', rekaan baju rasmi bagi sambutan kemerdekaan kali ini lebih bersifat kemerdekaan, kedaulatan dan keperwiraan," kata beliau kepada Bernama.
Rekaan kali ini berkonsepkan uniform bagi simbolik sokongan kepada pasukan keselamatan negara, kata Othman yang juga pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
Topic Berkaitan
#anggota Kabinet
#baju rasmi
#Merdeka
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan