awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM sah pembukaan penuh sempadan negara tidak dapat dilaksana 1 Mac

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/02/2022
12:24 MYT
PM sah pembukaan penuh sempadan negara tidak dapat dilaksana 1 Mac
Pembukaan sempadan memerlukan kajian dan perbincangan terperinci memandangkan kes harian yang masih tinggi. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
TANGKAK: Cadangan pembukaan sempadan negara sepenuhnya tanpa keperluan kuarantin wajib seawal 1 Mac depan tidak dapat dilaksanakan, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia memandangkan belum ada perbincangan antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 untuk memutuskan perkara berkenaan.
“Kalau kita belum bincang lagi maksudnya 1 Mac ini belum lagi (buka pintu sempadan). Saya rasa kita kena tunggu sebab saya tak mahu mendahului KKM.
“Buat masa ini KKM belum rujuk lagi kepada saya dan kita juga sedang buat kajian dan cadangan itu akan dibincang anggota menteri kuartet,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Ramah Mesra bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang yang diadakan secara tertutup di Dewan Putra, Padang Lerek, di sini, pada Jumaat.
MPN cadang sempadan negara dibuka 1 Mac
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.
Beliau berkata, syor itu yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN itu adalah langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.
Mengulas lanjut Ismail berkata, pembukaan itu memerlukan kajian dan perbincangan terperinci memandangkan kes harian yang masih tinggi selain kebanyakan negara masih menutup pintu sempadan mereka.
“Betul kita nak kaji dan pertimbang antara nak jaga ekonomi, industri pelancongan dengan kesihatan rakyat yang mana kita kena seimbang semuanya kerana kalau kedatangan pelancong bawa jangkitan, ia hanya akan membahayakan rakyat dan negara.
“Banyak negara juga belum buka ‘border’ mereka dan perkara ini juga memerlukan kelulusan Kabinet untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan seterusnya,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#pembukaan sempadan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan