awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM seru jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam

Bernama
Bernama
02/06/2024
15:24 MYT
PM seru jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam
Anwar berucap ketika hadir ke Mawlid Akbar Darul Ehsan Berselawat di Dataran Tapak Karnival Pekarangan Stadium Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara MADANI yang berpaksikan kepada kekuatan, semangat dan berjiwa Islam.
Perdana Menteri berkata pembangunan negara juga harus dicapai dan dipacu bukan sekadar meneroka penemuan baharu, tetapi juga perlu berakarkan kepada kekuatan akidah dan akhlak Islam.
" ... dan sebagai tanggungjawab kita bersama, marilah hidupkan dengan menambah keikhlasan 'al-amal lillahi taala' dan dalam masa sama membawa roh ini dalam kehidupan seharian di negara kita ini," kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada Program Darul Ehsan Berselawat bersempena dengan Festival Turath Islami (FTI) Selangor di pekarangan Stadium Shah Alam di sini malam ini.
Hadir sama pada program penutup FTI yang dihadiri kira-kira 50,000 orang itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan bekas Mufti Agung Mesir Profesor Dr Ali Jum'ah.
Festival Turath Islami Selangor kali kedua yang berlangsung dari 26 Mei itu bertujuan menghidupkan kembali turath atau pengajian kitab warisan dalam kehidupan harian umat Islam di Nusantara.
Dalam pada itu, Anwar berkata rakyat dituntut untuk kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua keadaan dan tempat.
Beliau berkata usaha itu harus terpancar daripada hati nurani yang ikhlas sama ada di rumah, sekolah, pejabat atau ketika menjalankan tugas di kementerian, atau selaku pegawai kerajaan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Amirudin dan kerajaan Selangor atas inisiatif menganjurkan program Darul Ehsan Berselawat, sekali gus menyemarakkan tekad umat Islam untuk menghayati dan memuliakan Nabi Muhammad SAW.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roh Islam
#hati nurani
#pegawai kerajaan
#Negara Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan