Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia agar berpegang kepada konsep kesederhanaan yang telah menjadi landasan kukuh kepada keamanan dan perpaduan negara sejak sekian lama.

Dalam pada itu, Najib juga menyeru orang ramai agar menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan dan menyalurkan maklumat jika terdapat individu yang meragukan.

"Kalau kita tahu ada mana-mana orang yang buat sesuatu yang kita lihat boleh menimbulkan syak wasangka, beri maklumat kepada pihak polis. itu sebagai satu contoh. tetapi asasnya kita mesti menolak fahaman ekstreme laluan militan dan kita pegang kepada prinsip kesedarhanaan keseimbangan wasatiyyah sebagai landasan untuk negara malaysia kita ini." katanya kepada Astro Awani, sempena Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Ujar beliau, dalam era globalisasi, semua negara berdepan cabaran menangani isu rentas sempadan seperti keganasan dan ekstremis.

"Kita berada dalam dunia yang bergerak dalam persekitaran globalisasi jadi bila kita berada di dalam sebuah dunia di mana tidak ada sempadan lagi dan maknanya apa berlaku di mana saja tempat sudah tentu tempiasnya akan menular di negara kita sama ada soal ekonomi sosial keselamatan," katanya.